Friday, July 12, 2013

SEMAKIN HARI SEMAKIN TUA


Tahun ni umur aku 31 tahun. Aku letak gambar aku hari ini buat tatapan aku untuk masa mendatang. Aku perasan muka aku semakin nampak tua. Kedutan halus jelas kelihatan kat bahagian dahi. Bawah mata kelihatan semakin gelap. Bibir semakin kering dan warna kehitaman.
Kulit sudah tidak selicin dulu. Pori jelas kelihatan. Sebenarnya kulit aku juga sudah semakin kusam. Kaki dan tangan semakin gelap. Perluk ke aku upload, x perlukan..(uweekk geli). Mungkin aku tidak boleh untuk menghentikan masa dan merubah wajah aku menjadi muda kembali, tetapi aku harus buat sesuatu untuk melambat kan prosess penuaan ini berlaku. Waktu- waktu ni lah aku terasa nak beli macam-macam produk kecantikan. Tapi aku makin bijak untuk memilih. Sekarang bende yang paling penting aku nak amalkan adalah makan vit C & E. Sebab aku percaya segalanya bermula dari dalaman. Luaran sekadar untuk membantu sahaja.


No comments:

Post a Comment